Aku mempunyai ibu yang hebat. Beliau menyayangiku dengan sepenuh hatinya. Beliau berkorban dan membantu aku dalam segala hal. Ibuku membesarkan aku seperti menatang minyak yang penuh.
Ibu menguruskan pengajianku sehinggalah aku berumah tangga.
Beliau berkejar sekiranya diminta membantu melayani anak-anakku.
Hari ini, wanita yang hebat itu telah kami semadikan untuk selama-lamanya.
Dapatkah anda bayangkan perasaanku apabila suatu hari aku pergi ke rumah ibuku, aku telah terjumpa sajak ini terlipat sepi di dalam laci mejanya?
Sajak nya berbunyi begini.
***---***

INILAH MASANYA
Jika kau ingin mencintai ibu
Cintalah ibu sekarang supaya ibu tahu
Keindahan dan kelembutan kasih
Yang mengalir kudus daripada sanubarimu
Cintailah ibu sekarang
Semasa ibu masih hidup
Usah tunggu sehingga ibu telah pergi
Kemudian barulah diukir di batu nisan
Dengan kata kata indah pada sekujur batu yang sepi
Jika kau memiliki ingatan manis buat diri ibu
Tunjukkanlah pada ibu sekarang
Jika kau tunggu sehingga ibu mati
Sudah pasti ibu tidak dapat mendengar
Kerana kita dibatasi kelemahan
Oleh itu, jika kau mencintai ibu
Walaupun hanya secebis daripada lautan hidupmu
Lafazkan dan buktikan sekarang
Sementara ibu masih hidup
Agar ibu dapat menikmati dan menyanjunginya
***---***
Sekarang ibu sudah pergi dan aku menderita dengan
rasa bersalah sebab
aku tidak pernah menyatakan betapa besar nilai ibuku selama ini.
Malah aku tidak pernah melayani ibuku dengan sewajarnya.
Aku layani semua orang untuk semua urusan, tetapi aku tidak pernah
meluangkan masa yang cukup untuk ibuku sendiri. Sebenarnya aku
mampu menuangkan air kedalam cawannya, kemudian memeluknya ketika
bersarapan, tetapi aku telah mengutamakan urusan rekan-rekanku.
Pernahkan rekan-rekanku melayaniku seperti ibuku? Aku tahu
jawabannya. Apabila aku menelefon ibu, aku sentiasa lakukan dengan
cepat, ringkas dan tergesa-gesa. Aku benar-benar berasa malu apabila
mengingatkan tindakan masa lampauku terhadap ibu. Aku masih ingat berapa
banyak masa yang aku berikan padanya dan banyak manakah masa aku biarkan
dia begitu sahaja.
Anak-anakku sayang akan nenek mereka sejak mereka kecil lagi.
Mereka mengunjunginya untuk mendapatkan nasihat dan ketenangan. Nenek
memahami mereka.
Aku sedar dan mengerti sekarang bahawa aku terlalu kritikal, sensitif
dan terlalu susah untuk menghargai nenek yang telah mencurahkan
kasih tanpa syarat kepada cucunya.
Dunia ini dipenuhi oleh anak-anak sepertiku. Aku berharap mereka
insaf dan mendapat manfaat dari surat ini. Aku sudah terlambat dan kini
aku sedang dilanda derita dan penyesalan yang tiada penghujung dan
nokhtahnya
umber infoS Jika kau ingin mencintai ibu

0 komentar:
Posting Komentar